Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim menjelaskan draf pindaan Rang Undang-Undang Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 dijangka diserahkan ke Pejabat Peguam Negara sebelum Julai depan. Ujarnya ketika ini Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi merangka draf pindaan itu sedang diperhalusi dalam peringkat akhir.